Selasa, 4 Disember 2012

RPH - Sifat Kimia Bahan


Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) – SIFAT KIMIA BAHAN

Bidang                              :  Alam Bahan

Tajuk                                :   Sifat kimia bahan ( asid, alkali dan neutral )

Tahun                               :   Tahun 5

Masa                                :  60 minit ( 2 waktu )

Standard Kandungan      :   2.2   Memahami sifat bahan asid, alkali dan neutral.

Standard Pembelajaran  :   
2.2.1  mengenalpasti bahan berasid, alkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus.
2.2.2  mengenalpasti rasa bahan makanan berasid, beralkali dan neutral.

Objektif :   
Pada akhir pelajaran murid dapat menyatakan sifat-sifat bagi bahan makanan dan bahan keperluan rumah sama ada berasid, beralkali atau neutral dengan menggunakan kertas litmus atau merasainya.

Kemahiran Proses Sains :   
Memerhati, mengeksperimen, membuat kesimpulan, mengelas.

Kemahiran Manipulatif Sains :  
Menggunakan alatan sains dengan betul, mencuci dan menyimpan alatan sains dengan cara yang betul dan selamat.

Nilai dan sikap:   
Bekerjasama,mengamalkan kebersihan dan berjimat cermat, berhati-hati.


FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Persediaan ( set induksi )

5 minit

Guru menyediakan 4 jenis bahan makanan seperti kopi, garam , jus limau dan gula.
4 orang murid dipilih secara rawak untuk merasa bahan tersebut dengan menutup mata.


i  Apakah rasa ( kopi / garam /jus limau / gula ) ?

ii  Apakah perbezaan rasa antara 4 jenis makanan tersebut

Langkah 2

Imaginasi

10 minit

Murid memberikan contoh makanan lain
Yang rasanya manis / masam / masin/ pahit / tawar.

Murid membuat hipotesis awal dengan bantuan guru.
-       Bahan berasid menukarkan warna kertas litmus biru ke merah
-       Bahan beralkali menukarkan warna kertas litmus merah ke biru.
-       Bahan neutral tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru.

i  Berikan contoh makanan yang mempunyai rasa masam / masin / manis / pahit / tawar.

ii. Apakah fungsi kertas litmus?
iii  Ramalkan apakah perubahan yang berlaku kepada kertas litmus apabila diuji pada bahan tersebut?

Langkah 3
Perkembangan

20 minit


Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas litmus biru dan merah, piring petri,
Jus limau, cuka, air gula, air garam,  bahan penaik dan air sabun.

Guru mengarahkan murid merasai bahan makanan dan bahan keperluan rumah sama ada dengan lidah atau tangan.
( langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan )

Murid menguji setiap bahan makanan dan bahan keperluan rumah dengan menggunakan kertas litmus biru dan merah.

Murid mencatatkan hasil keputusan di dalam jadual yang disediakan
( LAMPIRAN 1 )





Murid menyatakan perkara yang perlu diubah dalam penyiasatan.

Murid menyatakan perkara yang diperhati dalam penyiasatan ini.


i  Bahan makanan manakah rasanya masam?

ii   Bahan  manakah rasanya
     Pahit?

iii  Bahan manakah rasanya  masin, manis dan tawar?

iv  Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa masam?

v. Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa
pahit?

vi  Apakah perubahan warna kertas litmus biru dan merah apabila dimasukkan ke dalam bahan yang berasa tawar, masin dan manis?

vii  Apakah yang perlu diubah?

vii  Apakah yang diperhati ?


Langkah 4
Pelaksanaan

15 minit

Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka.

Guru menerangkan konsep pelajaran hari ini dengan menjelaskan hipotesis yang dibuat sama ada betul atau salah. Hipotesis yang betul diterima sebagai kesimpulan.

Berdasarkan pemerhatian, murid membuat pengelasan bahan berdasarkan sifat kimia bahan.


berasid
beralkali
neutral










Langkah 5
Penutup

10 minit



Murid memberi contoh bahan lain yang bersifat asid, alkali dan neutral.







Murid menyatakan kesimpulan berdasarkan hasil ujikaji.

Murid mengemas dan mencuci alatan yang telah digunakan.



i  Berikan contoh bahan lain yang bersifat asid.

ii.  Berikan contoh bahan lain yang bersifat alkali.

iii  Berikan contoh bahan lain yang bersifat neutral.


Refleksi










LAMPIRAN 1
Lengkapkan jadual di bawah

BAHAN

RASA
PERUBAHAN
WARNA KERTAS
LITMUS

SIFAT BAHAN











































Kelaskan bahan makanan dan bahan keperluan rumah yang telah diuji mengikut sifat kimia bahan.

BERASID

BERALKALI

NEUTRAL















Pautan fail berformat ".pdf": http://goo.gl/c4g4O


5 ulasan:

  1. RPH ini memberikan idea kepada saya untuk merancang P&P pada tahun depan.

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu..ia mememberi pendedahan kepada saya kerana saya tidak pernah mengajar subjek sains....
    Hamidah Bt Mohd Apandi...Bt Pht Johor.

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu, baru saya tahu

    BalasPadam
  4. Nurul Intan Binti Asmat2 September 2014 10:00 PTG

    Terima kasih cikgu..
    Kerana berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang telah cikgu pelajari
    ..saya sangat berterima kasih atas perkongsian cikgu kepada saya mahu pun sesiapa..

    BalasPadam
  5. Tq cikgu...atas perkongsian

    BalasPadam