Isnin, 10 Disember 2012

Cabaran Petrosains PLAYSMART 2012, Petrosains PLAYSMART Kuantan




  
PESERTA-PESERTA SK MARAN SEDANG MENJALANI SESI PEMBINAAN MODEL KENDERAAN


SESI PENGUJIAN MODEL

   Cabaran ini telah diadakan pada 1 November 2012 yang lalu di Dewan SMK Maran 2.  Pertandingan ini disertai oleh 3 peserta bagi setiap kumpulan yang mewakili sekolah-sekolah di daerah Maran. Setiap kumpulan dikehendaki membina model menggunakan bahan-bahan yang diberi iaitu perangkap tikus, CD, tali, gunting, pisau, belon, tiub getah dalam masa 2 jam.  Model kenderaan yang dibina mengandungi konsep sains iaitu Teknologi di sekeliling kita, tenaga dan daya, geseran dan aerodinamik. Model Kenderaan ini dioperasikan oleh sistem mekanikal.
   Penilaian adalah berdasarkan kepada jarak pergerakan model, kekukuhan model, pengurusan projek dan kreativiti dan nilai estetika.
   Peserta dari Sekolah Kebangsaan Senggora telah berjaya muncul menjadi Johan dalam pertandingan ini manakala peserta dari SK Maran hanya berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sahaja. Walaupun tidak berjaya tetapi pertandingan ini memberi pendedahan kepada peserta dalam bidang rekacipta yang menggunakan konsep sains.

1 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu. Walaupun tidak menang tetapi ia memberi pengalaman kepada kami.

    BalasPadam