Khamis, 15 November 2012

Saintis Muda @ Karnival Sains Dan Teknologi, Peringkat Kebangsaan




    Dua orang pelajar SK Maran iaitu Fatin Athirah Mohd Rizal dan Muhammad Adib Zikry bin Ahmad Hafizi telah mewakili negeri Pahang  ke Karnival  Sains Dan Teknologi  Peringkat Kebangsaan yng telah diadakan pada 18 – 21 September 2012 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan.
Kedua-dua pelajar ini mewakili negeri Pahang dalam Pertandingan Saintis Muda Rendah.
     Sebanyak 15 pasukan dari seluruh Malaysia telah  bersaing untuk menjadi juara dalam pertandingan ini.  Dalam pertandingan ini setiap pasukan Saintis Muda diwakili oleh 2 orang peserta  dari tahun 4 hingga tahun 6. Setiap pasukan perlu melakukan amali sains dalam 5 stesen secara berterusan  iaitu 2 stesen di luar makmal dan  3 stesen di dalam makmal.
     Masa untuk  menjalankan amali di stesen luar makmal adalah selama 15 minit dan aktiviti di dalam makmal selama 10 minit.  Pertandingan ini dinilai berdasarkan Kemahiran Manipulatif  Sains semasa eksperimen dijalankan dan jawapan bertulis peserta ( Kemahiran Proses Sains ).
     Pasukan Negeri Pahang telah berjaya menewaskan 14 pasukan lain dan seterusnya dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan  ini.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN SAINTIS MUDA SK MARAN.





7 ulasan:

  1. Tahniah cikgu. Semoga dapat melahirkan lebih ramai lagi saintis pada masa akan datang. Teruskan usaha anda....

    BalasPadam
    Balasan

    1. syukur kepada Allah, mereka telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Semoga mereka benar-benar berjaya menjadi saintis yang berguna kepada agama dan negara.

      Padam
  2. Terima kasih cikgu kerana membimbing kami sehingga kami berjaya di peringkat yang peling tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Semoga anda berdua berjaya mencapai cita-cita masing-masing. jadilah manusia yang berguna kepada seluruh alam.

      Padam
  3. assalam.. klu cikgu sudi kongsikan contoh soalan saintis muda boleh email kepada sya.. zalinorz@yahoo.com.my

    BalasPadam