Khamis, 15 November 2012

RPH - Fasa-Fasa Bulan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tahun       : 5 Cerdik
Masa                  : 8.15 – 9.15 pagi
Tema                 : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta.
Tajuk                 : Fasa-fasa Bulan
Objektif  Pembelajaran :
                   Pada akhir pembelajaran murid dapat:
·         Menyatakan Bulan tidak mengeluarkan cahaya.
·         Menerangkan bahawa Bulan kelihatan bercahaya
apabila ia memantulkan cahaya.
·         Menerangkan fasa-fasa Bulan.
Bahan Bantu Mengajar:
                Bola keranjang, lampu suluh, cat putih, cat hitam, 4 buah
                Kerusi, teaching courseware ( CD 6 ), LCD, computer.
Kemahiran Proses Sains:
                Memerhati, menganalisis, menghubungkait, menjana idea.

Nilai-nilai murni :
                Minat dan ingin tahu tentang alam sekitar
                Menghargai sumbangan sains dan teknologi
                Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh tuhan.

Langkah-langkah pengajaran :
Set induksi :
Guru memainkan komponen pengenalan ( menggunakan Teaching course PPSMI CD 6 ). Galakkan murid  berfikir adakah Bulan mengeluarkan cahaya. Galakkan murid menjawab semua soalan yang diberikan. Terima semua jawapan yang diberikan oleh murid.
Langkah 1
Guru memainkan komponen kandungan. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk meminta murid menjawab soalan yang diberikan di dalam pengajaran (CD). Guru menerangkan mengapa kita melihat Bulan bersinar terang walaupun Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri.
Guru menyoal murid tentang bentuk-bentuk bulan yang kelihatan berubah-ubah sepanjang bulan. Terima semua jawapan murid.
Guru menerangkan kepada murid tentang bentuk bulan yang kelhatan berbeza-beza adalah fasa-fasa Bulan.
Komponen : isi kandungan.

Langkah 2
Guru meneruskan dengan komponen isi kandungan. Untuk menjalankan aktiviti ( Frame 3 ) guru sediakan bahan-bahan  sebelum kelas bermula.
Guru membimbing murid menjalankan aktiviti berdasarkan aktiviti dalam komponen isi kandungan. Murid melukiskan bahagian bola keranjang yang berwarna putih yang boleh dilihat.
Guru menerangkan perubahan saiz bahagian yang berwarna putih pada bola keranjang  mewakili perubahan fasa-fasa Bulan.
Guru memainkan CD seterusnya. Guru membimbing murid memahami bahawa fasa-fasa Bulan berlaku bergantung kepada kedudukan Bulan dari Matahari dan Bumi. Hentikan CD dari masa ke semasa untuk menerangkan lebih lanjut mengenai fasa-fasa Bulan. Benarkan murid menyoal soalan berkaitan kejadian fasa-fasa Bulan.
Komponen : Isi kandungan.

Langkah 3
Guru memainkan komponen aktiviti. Galakkan murid menjalankan aktiviti di rumah ( Menulis diari fasa-fasa Bulan setiap hari )
Komponen : aktivti

Langkah 4
Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam komponen penilaian.
Komponen  : penilaian

Langkah 5
Guru memainkan komponen lanjutan / sambungan. Hentikan CD dari masa kesemasa untuk berbincang tentang calendar yang dibuat berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Murid memberikan contoh calendar yang menggunakan Takwim Qamari yang mereka tahu.
Komponen : lanjutan

Langkah 6
Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diedarkan. Bincangkan jawapan .

Penutup
Guru membuat kesimpulan dengan memainkan komponen ringkasan untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang pelajaran ini.

Komponen : ringkasan

4 ulasan:

  1. Terima kasih atas RPH yang dikongsikan

    BalasPadam
  2. thank for your RPH cigu... moga diberkati Tuhan dan dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  3. Terima kasih RPH cikgu.....banyak membantu untuk tugasan saya.....

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas RPH cikgu

    BalasPadam