Khamis, 15 November 2012

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti dapatmencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran kentekstual, pembelajaran masteri.

Pautan yang disediakan di bawah mengandungi penerangan lebih lanjut mengenai topik ini. Ia juga mengupas lebih mendalam pendekatan-pendekatan yang boleh diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan